Shopping Cart
Your Cart is Empty
Quantity:
Subtotal
Taxes
Shipping
Total
There was an error with PayPalClick here to try again
CelebrateThank you for your business!You should be receiving an order confirmation from Paypal shortly.Exit Shopping Cart

DROPSHIPPER - KEUNTUNGAN 10%

Dropship ni satu konsep bisnes yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan bisnes internet atau bisnes online sebab tidak perlu keluarkan modal besar dan simpan stok cuma perlu ada modal pendaftaran ahli dalam RM200, ini diantara yang terendah. Dropship ni usually akan dijaga oleh seorang agent. Jadi, untuk berniaga secara dropship, anda cuma perlu dapatkan gambar dan info produk dari agent. Lepas tu promote produk tu kat laman social. Bila ada org order, anda hanya perlu bagi butiran order tu kat agent dan agent tu sendiri yang akan settlekan packing & delivery. Ada sale baru baru dapat komisyen. Sebenarnya dropship ini amat sesuai untuk golongan yang sibuk tetapi ingin mencari duit sampingan dengan buat bisnes online macam student, orang kerajaan / swasta, cikgu & blogger. Dengan adanya sistem dropship ini, kerja mereka jadi lebih mudah. Buat promosi dan ambik order sahaja.

AGENT - KEUNTUNGAN 20%

Agent ni jual produk atas nama company dan ada stokis yang jaga agent ni. Kalau ada stokis ( wakil setiap negeri ), agent perlu ambik produk daripada stokis sebab tidak boleh ambik direct drpd HQ kecuali kalau dinegeri tu tiada stokis. Agent kena beli produk tu drpd stokis sebagai stok. Usually dalam 10 set or 10 pcs. Modal yang perlu keluar pun kecil sahaja. Harga produk untuk agent mahal sikit daripada stokis tapi lagi murah drpd harga pasaran. Pendapatan agent hanya dari hasil jualan stok produk yang dia ambil itu.

STOKIST - KEUNTUNGAN 40%

Stokis ni pula adalah pihak yang menjadi wakil sesebuah negeri untuk menjual sesuatu produk syarikat tersebut. Stokis perlu mengambil stok produk dalam kuantiti yang banyak. Perlu keluar modal yang besar. Biasanya stokis akan cari agent untuk jual produk tu. Pendapatan stokis adalah dari hasil jualan dan stokis berhak letak harga jualan mereka sendiri. Boleh jual di kedai atau dari rumah. Asalkan ada tempat khas simpan stok. Pendapatan stokis ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan! Banyak lagi produk yang dijual, lagi banyak untung untuk stokis ini. Biasa modal mula yang diperlukan dalam anggaran RM5000 keatas.